Recent Posts

December 1, 2016

SYMP


November 22, 2016

Sometimes You Have to Remind Yourself


November 21, 2016

They're Always Near


November 18, 2016

Why I don't watch superhero shows / movies with my wife


November 2, 2016

When I'm Gone

Hari Isnin yang lepas, seorang kenalan (fellow KBM TESLian & an English lecturer at Politeknik Merlimau) telah meninggal dunia.
Saya tidak begitu mengenali beliau. Kenal kenal macam tu je, tak pernah berkawan. Tapi sepanjang hari, timeline di Facebook saya dipenuhi dengan puji-pujian kepada arwah Hamdi.
Ramai menyatakan yang arwah seorang yang baik, sangat suka menolong orang lain, banyak memberikan semangat di kala orang lain berduka dan seorang yang periang dan gembira.
Dari mula menerima berita kematian beliau hinggalah sekarang, masih lagi ada orang memuji sifat beliau dan bersedih di atas pemergian yang mengejut.
It makes me think. Ia buat saya berfikir. Tidak henti saya berfikir.
Bila tiba masanya saya pergi selamanya nanti, adakah orang akan berbuat demikian terhadap saya? Adakah orang ramai akan memuji sifat saya, dengan ikhlasnya merindui dan menyedekahkan al-Fatihah kepada saya?
Hati jadi tidak tenang memikirkannya. Rasa risau.
Risau kerana kawan-kawan saya tidak ramai. I don't really have many friends. Bukan sebab tidak mahu berkawan tapi saya tidak reti berkawan.
I'm not the type that enters a room full of strangers and exits the same room having a number of new friends. Most of the time, I would leave without making new relationship. Bukannya sebab sombong tapi saya memang secara jujurnya tidak tahu macammana untuk bergaul dengan orang.
Saya cuba untuk berbaik dengan semua orang.
Orang selalu tanya, kenapa Fahmi asyik senyum je. Setiap kali nampak Fahmi, asyik senyum je memanjang.
It's because I don't want to be seen as arrogant or anti-social. Saya senyum supaya orang nampak yang saya ni mahu berkawan, boleh didekati walaupun pendiam. I want to be friends with everyone.
Saya cuba menjadi kawan yang baik. Kadang-kadang out of the blue, saya akan hubungi sesiapa sahaja yang ada di dalam contact Facebook ataupun Whatsapp, bertanya khabar. Ada yang layan je saya. Ada je yang macam "Kau ni apahal Fahmi? Tak pernah cakap ngan aku, tiba-tiba hantar mesej pulak. Nak mintak duit eh??"
Tapi, susah untuk saya menyambung segala perbualan dan chat thread sebab... entah la. Saya pun tak tahu. Conversation is never my strong forte. It's always a problem for me to take part in a conversation.
Saya nak minta maaf kepada kawan-kawan yang terasa seperti saya mengabaikan persahabatan kita. Bukan niat nak menjauhkan diri tapi ianya sangat susah untuk orang seperti saya untuk melahirkan rasa rindu dan penghargaan terhadap hubungan kita.
Saya harap nanti bila saya dah tiada, kadang-kadang sedekahkanlah al-fatihah kepada saya. Saya harap nanti bila saya dah tiada, janganlah sebarkan aib saya. Bercakaplah yang baik-baik sahaja.

September 29, 2016

Shut Up Birds!


ShareThis